Monday, September 13, 2004

Fungsi Checksum

Dalam kata mudah, checksum merupakan proses untuk menyemak samada file yang diterima betul-betul sama dengan file yang berada di remote server. Kebiasaannya, kita akan menggunakan utiliti MD5 untuk menjayakan misi tersebut.

Untuk maklumat lanjut, boleh semak RFC 1321 yang menyentuh mengenai pembangunan MD5.
http://www.faqs.org/rfcs/rfc1321.html

Untuk pengguna MS Windows OS, anda boleh mendapatkan MD5 versi Windows di sini :
http://www.fourmilab.ch/md5/

Untuk OS berasaskan UNIX, kebiasaannya MD5 merupakan built-in command yang dilengkapkan ke dalam OS anda.

Sebagai contoh, saya download FreeBSD48-Disc1.iso daripada FreeBSD FTP Server. Setelah selesai, saya akan issuekan arahan ini dalam MSDOS-mode :

c:\md5 FreeBSD-Disc1.iso
qwertyuiopasdfghjkl

Barisan ini "qwertyuiopasdfghjkl" merujuk kepada hasil MD5 checksum. Nilai ini akan saudara bandingkan dengan nilai MD5 checksum yang telah disediakan di FTP server tersebut.

Kalau saudara masih kurang jelas mengenai MD5 dan checksum, saya akan memberikan penerangan yang lebih terperinci lagi.

Salam ceria.


thanks to zam4ever@ittutor.net
http://forums.ittutor.net/index.php?showtopic=10084

No comments: